fbpx

Cekik mati adik: Polis rakam keterangan dua pelajar dakwa buli suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang adik maut dipercayai dicekik abang kandungnya. - SYAFEEQ AHMAD

ALOR GAJAH – Polis telah memanggil dua pelajar sebuah sekolah Arab di sini bagi dirakam keterangan berhubung dakwaan membuli suspek yang terlibat dalam tragedi mencekik adiknya sehingga mati di Kampung Bukit Piatu, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Arshad Abu berkata, susulan dakwaan itu satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

“Setakat ini, dua individu (pelajar) sudah diambil keterangan untuk membantu siasatan lanjut kes buli suspek berusia 14 tahun seperti yang didakwa sebelum ini.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN),” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes itu sehingga kertas siasatan telah dilengkapkan.

Kosmo! Rabu lalu melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas dipercayai dicekik abang kandungnya di Kampung Bukit Piatu, di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.

Kejadian tersebut disedari ibu mangsa yang melihat kejadian melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang diakses menggunakan telefon pintarnya sebelum meminta pertolongan jiran untuk memeriksaan keadaan dua beradik itu.

Suspek yang merupakan pelajar sebuah sekolah Arab di Alor Gajah kini direman selama tujuh hari sehingga 12 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI