fbpx

UiTM tawar 50,000 kekosongan pengajian peringkat Diploma mulai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (tengah) dan Roziah (tiga kanan menunjukkan dewan konsert Seri Budiman UiTM. -Foto oleh SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM- Universiti Teknologi Mara (UiTM) menawarkan 50,000 kekosongan melanjutkan pengajian peringkat Diploma yang merangkumi 85 jurusan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 mulai hari ini.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, pelajar lepasan SPM boleh membuat semakan sama ada mereka berjaya atau tidak melanjutkan pengajian di universiti itu di laman sesawang Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Untuk pengambilan Diploma, kita belum terima apa-apa rayuan memandangkan Ahad ini baru kita dapat tahu jumlah lepasan SPM yang dapat sambung belajar di UiTM.

“Setakat ini, kita hanya menerima satu rayuan pelajar yang memohon untuk menyambung pengajian di Foundation in Teaching English as a Second Language (TESL),” katanya ketika ditemui pemberita pada perasmian Dewan Konsert Seri Budiman di UiTM Shah Alam, di sini.

Dewan tersebut dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam pada itu, Roziah menasihatkan kepada pemohon yang mendapat tawaran daripada UiTM untuk tidak menolak permohonan tersebut kerana amat ramai yang memohon untuk menyambung pengajian di universiti itu, namun tidak berjaya.

“Kita tidak ada masalah sekiranya pemohon itu tolak tawaran, namun kebanyakan daripada mereka akhirnya melihat betapa pentingnya pendidikan untuk mereka menempuh kehidupan alam pekerjaan.

“Apapun, kita terbuka untuk mereka kepada sesiapa untuk menyambung pengajian di UiTM walaupun mereka sudah bekerja melalui Institute of Continuing Education and Profesional Studies,”ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI