fbpx

Tidak rayu petisyen Kuala Terengganu tidak bermaksud Pas akui sogokan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi (kanan) bersalaman dengan Muhyiddin dalam pertemuan di Rusila, Marang hari ini.

MARANG – Pas menegaskan keputusan tidak merayu petisyen Parlimen Kuala Terengganu tidak bermaksud parti itu mengakui dakwaan melakukan sogokan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebaliknya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan yang bakal mendorong kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu bagi membolehkan pengundi Kuala Terengganu membuat pilihan.

“Tidak timbul soal politik wang, biar rakyat tentukan. Saya tidak mahu sentuh soal keputusan mahkamah tetapi kami lihat rakyat sangat positif (terhadap Pas).

“Mungkin (jika diadakan) PRK (Kuala Terengganu), kita akan peroleh majoriti yang lebih besar,” katanya ketika diziarahi Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Rusila di sini hari ini.

Abdul Hadi berharap, PRK Kuala Terengganu dapat dilaksanakan serentak dengan PRN pada 12 Ogos depan.

Terdahulu, Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Kuala Terengganu hari ini memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan Mahkamah Tinggi Pilhan Raya Terengganu yang membatalkan kemenangan Pas di kerusi Parlimen itu pada PRU15.

Hakim Mahkamah Pilihan Raya Terengganu Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril pada 27 Jun lalu memutuskan demikian selepas berpuas hati wujudnya unsur rasuah sewaktu kempen PRU15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI