fbpx

Kita sedang ‘runtuhkan’ Falsafah Pendidikan Negara – Pakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Falsafah Pendidikan Negara yang diwujudkan sekitar 1988 oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan bidang pendidikan negara berada pada tahap yang diingini dilihat sedang ‘diruntuhkan’ ketika ini.

Pakar Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, Falsafah Pendidikan Negara pada dasarnya diwujudkan adalah bagi memastikan empat kategori iaitu jasmani, emosi, rohani dan daya inteleks golongan pelajar semakin ditingkatkan sepanjang tempoh wajib persekolahan di negara ini.

“Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan empat kategori iaitu jasmani, emosi, rohani dan daya inteleks pelajar semakin ditingkatkan dari masa ke semasa namun, perkara itu tidak berlaku.

“Dari segi jasmani kajian mendapati pelajar Malaysia hanya mendapat skor D- sahaja manakala satu data yan telah dikeluarkan oleh Pusat Kecemerlangan Mental Kebangsaan pula mendapati kanak-kanak yang mempunyai masalah mental semakin meningkat sejak lima tahun lalu iaitu sebanyak 10 peratus.

“Sementara data terkini pada 2022 mendapati peratusan tersebut semakin meningkat apabila mencatatkan sebanyak 13.1 peratus kenak-kanak mengalami masalah mental,” jelasnya melalui satu video di laman Facebook rasminya.

Dalam pada itu, Dr. Anuar menjelaskan, paling membimbangkan ketika adalah kesanggupan atau minat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk terus menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi semakin merosot.

Ini katanya, data yang telah dibentangkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) di Parlimen mendapati seramai 50 peratus lepasan SPM tidak mahu menyambung pengajian mereka di peringkat institusi pengajian tinggi.

“Data ini menunjukkan daya intelektual pelajar negara ini semakin merosot, kita perlu bimbang dengan perkara ini kerana kita sekarang lebih terarah sibuk kepada benda lain terutamanya politik.

“Belum disentuh lagi data kegemukan kanak-kanak Malaysia, kini kita menjadi negara tertinggi di Asia yang mempunyai kadar kanak-kanak gemuk paling tinggi.

“Kita perlu hasilkan dan fikirkan sesuatu, kerana anak-anak pelajar ini adalah pewaris negara kita, perlu menjadi kebimbangan dan perlu ada cara untuk mengatasi masalah ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI