fbpx

[VIDEO] Cik B belajar memandu, tak beli ‘lesen terbang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Cik B sedang belajar memandu yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Anak usahawan dan pempengaruh terkenal, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen, 18, dipuji ramai kerana tidak membeli ‘lesen terbang’.

Menerusi satu perkongsian di TikTok milik Cikb_havoc, dia dilihat sedang menjalani kelas memandu bersama gurunya di Ipoh, Perak.

Cik B juga mesra melayan peminatnya yang turut teruja bertemu dirinya ketika menjalani latihan memandu di atas jalan raya.

Bukan itu sahaja, Cik B kelihatan tidak kekok menunjukkan ‘mini love’ kepada peminatnya tanpa rasa malu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut melihat pempengaruh itu sanggup mengambil kelas memandu daripada membeli ‘lesen terbang’.

“Bagus Cik B ni, bagus didikan Datuk Seri Vida,” komen Laily Abu Talib.

“Terbaik Cik B, sekurang-kurangnya dia belajar, tak ada ambil lesen terbang,” kata Mami Official.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada 500,000 tontonan dan 34,200 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

@cikb_havoc Cikb tengah belajar memandu😅 #joke #funny #car #driving #tiktokmalaysia #viral ♬ original sound – cikb_havoc66

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI