fbpx

Kedudukan Aminuddin sebagai calon MB Negeri Sembilan akan dibincang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

SEREMBAN – Kedudukan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai calon Menteri Besar akan dibincangkan sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu belum diputuskan namun beliau berpuas hati dengan prestasi Aminuddin sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama lima tahun.

“Kami akan membincangkannya, tetapi saya gembira dan berpuas hati dengan prestasi yang telah beliau tunjukkan termasuk dalam soal governan dan menarik pelaburan.

“Parti komponen akan berbincang mengenainya tetapi beliau (Aminuddin) dilihat seperti ‘poster boy’ kerana beliau merupakan Menteri Besar,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, di sini hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, perbincangan mengenai pengagihan kerusi PRN di peringkat kepemimpinan parti sudah selesai dan keputusannya akan diumumkan tidak lama lagi.

“Di peringkat saya, berbincang dengan Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, (Pengerusi BN) nampak selesai namun masih beri ruang untuk perbincangan di peringkat negeri sedikit lagi, di peringkat saya sudah selesai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI