fbpx

El Nino dijangka meningkat akhir tahun ini sehingga 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Fenomena El Nino dijangka meningkat pada penghujung tahun ini sehingga awal tahun 2024 dengan kebarangkalian melebihi 90 peratus.

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam kenyataan berkata, Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) memaklumkan fenomena itu terjadi apabila berlakunya pemanasan suhu permukaan Lautan Pasifik di sekitar Khatulistiwa melebihi 0.5 darah Celsius berbanding nilai purata jangka panjang.

Menurut WMO, fenomena El Nino biasanya berlaku setiap dua hingga tujuh tahun dan berlanjutan antara sembilan hingga 12 bulan.

“Pada awal tahun 2024, fenomena El Nino dijangka akan memberikan kesan yang lebih ketara apabila intensitinya mencapai kemuncak di mana negara akan mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan.

“Ini seterusnya akan mengakibatkan peningkatan suhu dan pengurangan jumlah hujan serta mampu menyebabkan keadaan jerebu merentas sempadan jika pembakaran hutan dan tanah gambut tidak terkawal,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, semasa kejadian cuaca panas, semua pihak dinasihatkan supaya mengamalkan langkah penjimatan dalam penggunaan air.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sentiasa memantau keadaan cuaca dan akan mengeluarkan Nasihat Gelombang Haba sekiranya bacaan suhu maksimum harian melebihi 37.0 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI