fbpx

Kos dialisis pencarum Perkeso cecah RM500 juta 10 tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar ketika merasmikan pusat dialisis Perkeso cawangan Klang. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

KLANG – Kos rawatan dialisis bagi Orang Berinsurans Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dijangka mencecah lebih RM500 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, Perkeso menerima antara 2,000 hingga 3,000 permohonan baharu setiap tahun bagi rawatan dialisis terutama di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Katanya, berdasarkan rekod mendapati perkhidmatan rawatan dialisis Perkeso yang dimulakan pada tahun 1999 melibatkan kos RM1.12 juta dan meningkat kepada RM334.67 juta pada tahun lalu.

Sepanjang lima bulan tahun ini pula melibatkan kos sebanyak RM145.3 juta.

“Apabila pertambahan berlaku memberikan kesan kepada Perkeso kerana sebahagian pesakit buah pinggang ini adalah pekerja.

“Kesan bukan sahaja menyebabkan Orang Berinsurans tidak dapat bekerja malah keluarga juga hilang punca rezeki seterusnya negara kehilangan aset sumber manusia yang menyumbang kepada kepada produktiviti dan perkembangan ekonomi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pejabat Perkeso Klang dan Pusat Dialisis Perkeso cawangan Klang di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, pihaknya akan membuka lebih banyak pusat dialisis seperti di cawangan Kuala Lumpur, Seberang Jaya di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, Kuantan dan Terengganu.

Tambah Sivakumar, pusat dialisis Perkeso itu bukan tujuan untuk bersaing dengan pusat dialisis lain sebaliknya bagi mengukuhkan kemampanan Perkeso sendiri dalam mengurangkan dana keselamatan sosial.

“Kos dialisis sebulan bagi Orang Berinsurans adalah RM2,000 dan hasil penjimatan menerusi pusat dialisis Perkeso ini boleh disalurkan semula kepada Orang Berinsurans dalam bentuk lain.

“Kita akan tetap meneruskan rawatan dialisis kepada Orang Berinsurans ini di 700 panel yang sebahagiannya diuruskan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta,” katanya.

Dalam pada itu, Sivakumar berharap Orang Berinsurans melakukan program saringan kesihatan percuma Perkeso bagi pencarum yang berusia 40 hingga 59 tahun.

“Berdasarkan analisis program terhadap 27,152 orang mendapati 42 peratus pekerja mengalami obesiti, kencing manis (14.1 peratus), darah tinggi (27.9 peratus) dan kolesterol tinggi (61.2 peratus).

“Jadi, kita dapat tahu status kesihatan seterusnya mengubati sebarang penyakit lebih awal,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`