fbpx

DBP tegur Tengku Zafrul salah eja ‘insya-Allah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

PETALING JAYA – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima teguran daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selepas kesilapan menaip ejaan ‘Insyaallah’ pada Twitter.

Teguran daripada DBP itu dikongsikan oleh Tengku Zafrul menerusi surat yang diterimanya pada 31 Mac lalu.

“InsyaAllah? Insya-Allah? Insyaallah? Apa ejaan yang betul? Selama ini saya guna InsyaAllah, tapi sekarang saya dah tahu ejaan sebenar ialah insya-Allah.

Surat diterima Tengku Zafrul daripada pihak DBP.

“Terima kasih DBP kerana menegur ejaan saya. Lepas ni, saya akan lebih teliti dengan penggunaan istilah ini, insya-Allah,” katanya menerusi ciapan di Twitter malam tadi.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul memaklumkan, surat itu telah lama diterima daripada DBP dan ‘tergerak hati’ mahu berkongsi di media sosial.

Menerusi surat tersebut, DBP menerima aduan daripada pengguna bahasa Melayu tentang kesalahan ejaan pada Twitter Tengku Zafrul.

Sehubungan itu, ejaan betul ‘insya-Allah’ adalah mengikut Kamus Dewan Perdana. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI