fbpx

Budak ‘hilang’ selepas kelas KAFA takut dimarahi ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak lelaki ditemui dengan pakaian sukan didapati tersesat di Stesen LRT SS15, Subang Jaya, malam tadi.

SUBANG JAYA – Gara-gara takut dimarahi ibu bapa selepas berselisih faham dengan rakan, seorang kanak-kanak lelaki bertindak melarikan diri sebelum ditemui polis di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) SS15, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu tidak pulang ke rumah selepas selesai sesi petang Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di sebuah sekolah di Shah Alam.

Beliau berkata, kehilangan kanak-kanak itu disedari pihak sekolah, pemandu van dan keluarga pada pukul 6 petang sebelum usaha mencari digerakkan.

“Selepas gagal menemuinya, keluarga kanak-kanak itu membuat laporan di Balai Polis Sri Muda Shah Alam pada pukul 8.28 malam.

“Pada pukul 8.50 malam, pasukan peronda daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menemui kanak-kanak berpakaian sukan di Stesen LRT SS15.

“Semakan anggota Balai Polis Subang Jaya dengan Balai Polis Sri Muda mendapati ibu bapa kanak-kanak itu baru selesai membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, siasatan mendapati kanak kanak itu tidak pulang ke rumah kerana takut dimarahi ibu bapanya selepas berlaku perselisihan dengan rakan di sekolah.

Katanya, kanak-kanak itu sudah diserahkan semula kepada ibu bapa dalam keadaan baik pada pukul 9.45 malam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI