fbpx
MARGOT ROBBIE

Barbie ‘bernafsu’ versi Margot Robbie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEMIKUL tanggungjawab menjayakan watak patung ikonik Barbie bukan sesuatu yang mudah. Memang tidak boleh dibayangkan dengan akal fikiran, namun mimpi itulah yang akhirnya menjadi realiti dalam hidup si cantik, Margot Robbie.

Aktres berusia 32 tahun itu mengakui berdepan cabaran dalam menterjemahkan watak boneka ciptaan Mattel itu kepada dunia nyata.

Dia terpaksa menanamkan perspektif tersendiri dalam membentuk karakter boneka tersebut.

Aktres asal Australia itu berkata, perihal tersebut juga perlu selari dengan keupayaan pengarah filem, Greta Gerwiq dalam mengangkat sisi seksual patung kesayangan ramai itu.

“Saya fikir Barbie hanyalah sebuah boneka plastik yang tiada organ dalaman dan bermakna, dia tiada organ reproduksi. Jika dia tiada organ reproduksi mampukah dia berfikir tentang seksual.

“Saya rasa tidak logik Barbie boleh berfikir tentang seks. Saya fikir dia pakai skirt pendek atau baju seksi bukan kerana mahu menarik perhatian lelaki tetapi sebab pakaian itu comel,” ujarnya.

MARGOT memaklumkan, dia pada mulanya ingin Gal Gadot menjayakan watak Barbie, namun hasrat tersebut tidak berjaya direalisasikan.

Margot turut meminta pengarah mencari sumber rujukan yang memudahkan dirinya menemui hala tuju karakter Barbie.

“Saya minta Greta cari sesuatu yang membantu saya menemukan karakter itu. Greta mempunyai rujukan yang bagus. Dia meminta saya mendengar podcast The American Life.

“Dia kata perempuan selalu mempunyai banyak suara dalam kepala tapi perempuan ini (Barbie) tidak pempunyai suara-suara itu” ujarnya.

Barbie merupakan filem terbaharu arahan Greta Gerwig yang sebelum ini terkenal dengan filem Lady Bird dan Little Women. Gerwig berkolaborasi bersama Noah Baumbach sebagai penulis skrip.

Selain berlakon, Margot turut berperanan sebagai penerbit filem berkenaan bersama Tom Ackerley dan David Heyman.

Barbie bakal ditayangkan pada 21 Julai turut menampilkan Ryan Gosling sebagai Ken.

Selain dua tunggak utama, Barbie ‘varian’ lain turun dilakonkan Dua Lipa, Emma Mackey, Kate McKinnon, Issa Rae, Hari Nef, Alexandra Shipp, dan Sharon Rooney.

Ken pula membawa versi berbeza turut dilakonkan pelakon lelaki, Simu Liu, Kingsley Ben-Adir, Scott Evans, Ncuti Gatwa dan John Cena.

MARGOT Robbie berkata, dia bukanlah peminat patung Barbie sewaktu kecil.

‘Mahu Gal Gadot jadi Barbie’

Selaku penerbit bersama, Margot pada awalnya mahukan aktres terkenal, Gal Gadot membawakan watak Barbie.

Katanya, Gal Gadot mempunyai tenaga dan aura yang membawa nilai tersendiri dalam watak boneka itu.

“Gal Gadot miliki aura Barbie. Dia sangat cantik dan penonton tidak pernah membencinya. Saya nampak dia seorang yang tulus dan baik hati,” ujarnya.

Pelakon Wonder Women itu bagaimanapun tidak dapat menerima tawaran tersebut disebabkan beberapa projek filem seperti Heart Of Stone, Evil Queen dan Snow White yang kini memasuki tahap pasca produksi.

Margot kemudian menjadikan Gal Gadot sebagai rujukan atau template dalam pencarian bakat untuk beberapa watak Barbie yang lain.

SELEPAS berjaya menawan dunia dengan karakter Harley Quinn, Margot kini mencuri hati sebagai Barbie.

Tak percaya, bangga

Biarpun sudah memaparkan puluhan versi animasi, Barbie akan menjadi filem aksi hidup atau live action pertama syarikat pengeluaran mainan berkenaan iaitu Mattel Film dengan kerjasama syarikat produksi milik Margot, LuckyChap Entertainment.

“Pertama kali baca naskhah ini rasa macam tak percaya akhirnya semua bakal jadi kenyataan.

“Dalam tempoh hampir 60 tahun jenama itu, Barbie membuatkan kanak-kanak membayangkan diri mereka dalam watak aspirasi daripada puteri raja sehinggalah sebagai presiden.

“Saya sangat bangga memegang peranan ini dan menghasilkan filem yang saya percaya memiliki impak positif besar kepada kanak-kanak dan penonton seluruh dunia,” katanya.

TIDAK hanya berlakon Margot sebenarnya bertindak selaku penerbit bersama filem Barbie.

Ryan Gosling dikritik

Sementara itu, pelakon kacak Ryan Gosling yang membawakan watak Ken dalam filem Barbie dikritik kerana dikatakan tidak sesuai membawakan karakter itu.

Ryan yang mewarnakan rambut perang, berjaket denim dirasakan terlalu tua membawa watak Ken yang dianggar sekitar 20-an sedangkan Ryan kini sudah pun mencecah 41 tahun.

Malah, perbezaan usia dengan Margot Robbie hampir 10 tahun juga dianggap terlalu jauh.

“Saya terkejut apabila ramai yang menganggap saya tidak layak bawa watak itu. Mereka sendiri mungkin tidak pernah tahu tentang Ken.

“Ken bukan watak utama dan mereka tidak perlu bimbang dengan watak itu. Dia hanya alat untuk bantu menceritakan kisah Barbie,” ujar Ryan.

Sedikit info, Barbie dilancarkan pada Mac 1959 yang berasal daripada watak Barbara Millicent Roberts dari bandar fiksyen, Willow, Wisconsin.

Teman lelakinya, Ken diperkenalkan Mattel pada 1961 dan saudara perempuannya, Skipper pada 1964.

Syarikat itu mengeluarkan ratusan fesyen dan aksesori gaya hidup untuk jenama berkenaan.

Biarpun pelbagai versi, gaya, warna kulit dan mata telah keluarkan Mattel, watak yang dibawakan Margot dalam filem berkenaan dikatakan menyamai gaya asal Barbie iaitu berambut perang serta bermata biru.

Secara keseluruhan, lebih daripada satu bilion anak patung Barbie dijual dalam tempoh 60 tahun sejak kali pertama diperkenalkan di New York.

KEHADIRAN Ryan Gosling membawa watak kekasih Barbie bernama Ken sebenarnya dianggap tidak bertepatan dan jauh lebih berusia daripada Ken versi animasi sebagaimana dikenali peminat anak patung ikonik berkenaan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN