fbpx

Lelaki punyai sakit darah tinggi mati mengejut di restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas muntah dan dalam keadaan lemah di sebuah restoran di Blok H jalan SS13/1F, Subang Jaya, semalam.

SUBANG JAYA – Seorang lelaki disahkan maut selepas mengalami muntah-muntah dan dalam keadaan lemah di sebuah restoran di Blok H jalan SS13/1F, di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa mempunyai sejarah penyakit darah tinggi serta tidak pernah mendapatkan rawatan susulan dari mana-mana klinik atau hospital kerajaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pukul 10.14 malam tadi.

Katanya, maklumat awal diterima mendapati lelaki berusia 53 tahun itu dilaporkan muntah dan dalam keadaan lemah semasa berada di restoran berkenaan.

“Lelaki itu kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) oleh pihak ambulan dan disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Wan Azlan, waris lelaki berkenaan iaitu kakaknya sudah dihubungi mengenai kejadian terbabit.

“Pihak polis yang tiba di PPUM untuk menjalankan siasatan lanjut mendapati lelaki terbabit disahkan meninggal dunia dalam perjalanan hospital.

“Mangsa difahamkan sejarah penyakit darah tinggi serta tidak pernah mendapatkan rawatan susulan dari mana-mana klinik atau hospital kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, pihak PPUM akan menjalankan proses bedah siasat, hari ini, untuk mengetahui punca kematian.

“Setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI