fbpx

Pemilik rumah bengang, penyewa ranapkan perabot baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan rumah yang ditinggalkan penyewa berkenaan.

PETALING JAYA – Seorang pemilik rumah meluahkan rasa marah apabila rumah yang disewakannya kepada sebuah keluarga di Puncak Alam dikembalikan dalam keadaan kotor dan mengalami kerosakan teruk.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Thaicave di akaun TikTok miliknya menunjukkan, keadaan rumah yang dipenuhi kotoran serta beberapa perabot seperti kabinet rosak.

“Penyewa dari neraka. Muka elok tapi pengotor ya amat. Dahlah bayar tak pernah ‘on time’.

“Pengotor! Biadap! Dia meniaga makanan tau. Hati-hati siapa yang pernah beli. Jijik. Macam mana dia duduk rumah? Dia kata tikus banyak,” katanya.

Jelasnya, semua perabot yang disediakan di rumahnya itu merupakan perabot yang baharu dibeli.

“Semua peralatan rumah ini baru tau! Lepas setahun jadi macam ini. Setahun dia duduk, langsung tak bersihkan kipas. Habuk kat televisyen, kau rasa?,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mencela perbuatan penyewa terbabit kerana dianggap tidak bertanggungjawab dan tidak amanah.

“Aku boleh meninggal dengan habuk dekat kipas dan TV tu. Aku sudahlah alergik habuk. Ya Allah dahsyat. Tak tersumbat ke lubang hidung dia sedut habuk tu hari-hari,” kata Syalatul.

“Saya sendiri rasa serik dah nak bagi sewa rumah. Dah bagi sewa rumah depa (mereka) bagi jahanam segala. Nak dapat penyewa yang baik tu memang susah,” ujar Maria Hanez.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 100,000 tontonan dan 2,790 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI