fbpx

Wanita maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA maut digilis sebuah lori di Kilometer 28 Jalan Temerloh-Bahau di Bera hari ini.

BERA – Seorang wanita maut digilis sebuah lori manakala anaknya cedera selepas motosikal dinaiki mereka bergesel dengan lori berkenaan di Kilometer 28 Jalan Temerloh-Bahau di sini hari ini.

Mangsa, Maryaton Othman, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan lengan.

Ketua Polis Daerah Bera, Suprintendan Zulkiflee Nazir berkata, kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Triang ke bandar Bera.

“Apabila tiba di lokasi kejadian motosikal Honda Wave yang ditunggang mangsa bergesel dengan bahagian kiri lori itu menyebabkan mangsa terjatuh sebelum digilis tayar lori berkenaan.

“Akibat kemalangan itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya berusia empat tahun yang membonceng motosikal mengalami kecederaan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di Hospital Bera.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Ujarnya siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan lurus dan semasa kejadian cuaca baik dan permukaan jalan kering. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI