fbpx

The Red Devils sedia lamar Bijlow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIJLOW menjadi penjaga gol buruan United selepas dilihat lebih murah berbanding Onana yang diletakkan tanda harga minimum sebanyak £40 juta. – AFP

MANCHESTER – Pemburuan penjaga gol untuk mengisi jersi No. 1 pasukan Manchester Uni­ted masih lagi diteruskan dengan pihak pengurusan kini berusaha untuk melamar penjaga gawang utama skuad kebangsaan Belanda dan kelab Feyenoord, Justin Bijlow.

Sebagai rekod, United tidak memiliki penjaga gol utama ketika ini selepas membuat ‘pusingan U’ dengan tidak menawarkan sebarang kontrak lanjutan kepada penjaga gol berpengalaman, David de Gea selepas kontraknya berakhir 30 Jun lepas.

Difahamkan, The Red Devils mahu penjaga gol utama skuad kebangsaan Cameroon dan kelab Inter Milan, Andre Onana sebagai pengganti kepada De Gea tetapi masih lagi berkira-kira untuk mengeluarkan belanja besar dalam usaha mendapatkan khidmatnya.

Pengurusan Inter telah meletakkan tanda harga minimum sebanyak £40 juta (RM236.2 juta) kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 25 tahun itu.

Susulan itu, United yang ­hanya memiliki bajet keseluruhan sebanyak £100 juta (RM590 juta) pada jendela perpindahan kali ini terpaksa mencari alternatif lain dengan Bijlow dianggap sebagai calon yang lebih sesuai dan murah.

Situasi ini disebabkan skuad kendalian Erik Ten Hag itu sudah mengeluarkan belanja sebanyak £60 juta (RM354.5 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Chelsea, Mason Mount dan kini jumlah yang berbaki hanyalah £40 juta sahaja.

Bijlow yang berusia 25 tahun dianggap sebagai salah seorang penjaga gol muda terbaik di Eropah ketika ini dan berjaya mendapatkan lapan kaps antarabangsa selain diserapkan dalam skuad Piala Dunia 2022 pasukan The Oranje baru-baru ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI