fbpx

UiTM untuk bumiputera selagi Artikel 153 wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raduan (lima kiri) menyampaikan sumbangan daging korban kepada peserta di UiTM Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan terus dipertahankan sebagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak selagi Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia wujud.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose, peruntukan tersebut memberi hak istimewa kepada orang Melayu dan penduduk asli mana-mana negeri Sabah dan Sarawak bagi kuota untuk memasuki perkhidmatan awam, biasiswa awam dan pendidikan awam.

“Pertama yang saya ingin tegaskan, selagi Akta 153 tersebut wujud dalam Perlembagaan Malaysia saya akan terus mempertahankannya.

“Justeru, tiada isu kelompok selain daripada orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak diberi ruang untuk menyambung pengajian di UiTM.

“UiTM adalah IPTA khusus untuk menzahirkan keistimewaan golongan tersebut. Maka, ia akan terus dipertahankan sebagai universiti terbesar di negara ini,” katanya ketika ditemui pada program korban sumbangan Vfive Group Sdn. Bhd. di UiTM Shah Alam di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan menyatakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hanya membenarkan pelarian Rohingya yang akan melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dipilih berdasarkan kelayakan dengan kuota terhad.

Dalam perkembangan sama, Raduan menegaskan perkara paling penting yang perlu difahami semua pihak adalah UiTM tidak merampas hak orang lain untuk menubuhkan IPTA tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI