fbpx

Projek naik taraf LTSIP alami kelewatan 143 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi (kiri) semasa melawat tapak projek pembinaan jalan Kampung Joh ke Kampung Belimbing di Kampung Joh, Machang hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

MACHANG – Projek pembesaran dan kerja-kerja naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini mengalami kelewatan 143 hari atau 25.79 peratus berbanding jadual asal.

Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, setakat ini, kemajuan projek itu sudah mencapai 30.58 peratus meskipun mengalami sedikit kelewatan apabila berdepan masalah keperluan utiliti dan bahan binaan.

Bagaimanapun, menurutnya, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan sedang berusaha melaksanakan pelan pemulihan untuk projek berkenaan.

“Kita sedang memberi tumpuan khusus dan memantau rapat projek pembesaran dan naik taraf LTSIP kerana mengalami sedikit kelewatan berbanding jadual asal.

“Jadi, berdasarkan jadual semasa, projek ini dijangka siap pada September 2024 tanpa sebarang pertambahan kos,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat tapak projek pembinaan jalan Kampung Joh ke Kampung Belimbing, Tanah Merah di Kampung Joh di sini hari ini.

Dalam lawatannya ke Kelantan, Nik Nazmi berkesempatan menjalankan pemantauan bagi projek pembesaran dan naik taraf LTSIP, Pengkalan Chepa hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, projek pembesaran dan menaik taraf dijalankan bagi menambah baik fasiliti selain meningkatkan kapasiti terminal lapangan terbang daripada 1.5 juta penumpang kepada empat juta dengan kos melebihi RM440 juta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, meskipun LTSIP tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa atau hub penerbangan serantau, ia masih boleh mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa berjadual dan tidak berjadual seperti lapangan terbang domestik lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI