fbpx

PH, BN mampu tubuh kerajaan negeri di Kedah – Mahfuz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahfuz.

ALOR SETAR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar percaya PH dan Barisan Nasional (BN) mampu menubuhkan kerajaan negeri sekiranya 10 peratus undi kembali kepada dua gabungan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Katanya, undi-undi yang ‘lari’ daripada PH dan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah kira-kira enam hingga tujuh peratus sahaja.

“Sebab itu saya sangat yakin, kalau enam dan tujuh peratus itu kita dapat bawa balik maka kita boleh dapat 16 kerusi (Dewan Undangan Negeri) pada PRN ini.

“Itu kalau (dapat bawa balik) enam, tujuh peratus, tetapi kalau naik 10 peratus kita percaya mampu untuk tubuh kerajaan negeri,” katanya pada sidang akhbar selepas hadir Mesyuarat Pimpinan Negeri BN dan PH di Bangunan Tunku, di sini, hari ini.

Mahfuz yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) pada minggu lalu yakin aura Gelombang Hijau di Kedah semakin menurun dan mendakwa gabungan itu bersama BN sudah menguasai 16 daripada 36 kerusi DUN negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perbincangan mengenai calon yang akan ditampilkan pada PRN telah selesai dan akan diumumkan sebelum tarikh penamaan calon.

“Kita dah selesai perkara berkaitan calon, jadi kita ada dah (nama calon) dan tunggu masa untuk diumumkan, selain kita bersetuju supaya satu tempat sahaja untuk buat pengumuman calon.

“Tidak ada BN tempat lain, PH tempat lain yang mana ia akan dibuat di satu tempat atas nama Perpaduan Negeri Kedah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI