fbpx

Datuk bandar berkahwin dengan buaya betina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGANTIN lelaki mencium isterinya di San Pedro Huamelula, negeri Oaxaca, Mexico kelmarin. – AFP

BANDAR RAYA MEXICO, Mexico – Seorang datuk bandar di Mexico berkahwin dengan  seekor reptilia betina dalam satu upacara tradisional untuk membawa tuah kepada penduduk setempat.

Victor Hugo Sosa yang merupakan Datuk Bandar San Pedro Huamelula, mengahwini seekor reptilia betina dinamakan Alicia Adriana. Bandar tersebut didiami oleh masyarakat Orang Asli Chontal. 

Reptilia itu merupakan seekor buaya caiman yang biasa ditemui di Mexico dan rantau Amerika Tengah.

“Saya menerima tanggungjawab ini (suami) kerana kami saling menyanyangi antara satu sama lain. Inilah yang penting. Anda tidak boleh berkahwin tanpa cinta. Saya menyerah dalam perkahwinan ini kepada puteri wanita (buaya caiman),” kata Sosa semasa upacara itu.

Perkahwinan antara lelaki dan buaya caiman betina diadakan di kawasan itu selama 230 tahun sebagai ritual untuk meraikan hari di mana dua kumpulan peribumi berdamai menerusi ikatan perkahwinan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI