fbpx

Ahmad Zaki tiada kaitan dengan saya, PMO – Shamsul Iskandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Iskandar.

PETALING JAYA – Individu dikenali Ahmad Zaki Yamani yang tular membuat ciapan berhubung kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan intitusi Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Respons itu diberikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd. Akin berikutan dakwaan sebuah portal berita mengaitkan individu tersebut dengan dirinya.

Menurutnya, dakwaan mengenai perkaitan itu adalah sangat tidak wajar untuk dipolemikkan tanpa asas yang jelas.

“Saya menggesa portal berita MalaysiaNow menarik balik dakwaan mengenai kaitan individu tersebut dengan saya mahupun PMO secara keseluruhannya.

“Meskipun beliau pernah berkhidmat selaku Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) sewaktu saya memimpin pada tahun 2007, itu tidak membawa sebarang perkaitan atau makna pada masa kini dalam mana-mana kapasiti rasmi,” kanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, atas kapasiti PMO, pihaknya telah berhubung dengan keluarga Abdul Hadi melalui anaknya sebaik sahaja berita mengenai keadaan kesihatan beliau tersebar.

“Alhamdulillah, komunikasi terjalin baik di samping kami turut diberi perkembangan terkini tentang kesihatan Tan Sri.

“Mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami mendoakan keafiatan Tan Sri dan berharap agar ruang berziarah dapat diadakan seusai beliau kembali stabil,” ujarnya.

Terdahulu, Anwar meluahkan rasa kesal dengan satu ciapan yang dibuat oleh individu didakwa pembantu setiausaha politiknya, Ahmad Zaki Yamani berhubung kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan merosot.

Anwar melalui ciapan di Twitternya berkata, beliau membantah kenyataan tersebut dan mengarahkan Ahmad Zaki untuk membuat permohonan maaf dengan kadar segera. – KSOMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI