fbpx

Verstappen selar sikap Hamilton sebab ‘banyak mulut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN menempelak Hamilton untuk menuntut peraturan baharu pada F1 sedangkan semua pasukan akur ketika Mercedes mendominasi saingan tersebut. – AFP

STYRIA, Austria – Juara dunia daripada Red Bull, Max Verstappen menempelak seteru tradisinya, Lewis Hamilton yang dianggap membawa banyak ‘mulut’ sepanjang saingan Formula Satu (F1) musim ini dengan me­nyatakan pasukannya sudah melanggar peraturan.

Sebagai rekod, Red Bull mempamerkan penguasaan luar biasa apabila menjuarai semua perlumbaan Grand Prix (GP) musim ini dan dilihat akan teruskan momentum cemerlang menjelang GP Austria malam esok.

Menurut Verstappen, ketika Hamilton serta pasukan yang diwakilinya, Mercedes mendominasi perlumbaan F1 untuk tempoh beberapa musim sebelum ini, tiada siapa membuat rungutan dan semua pasukan ber­usaha memperbaiki kelemahan masing-masing.

“Saya tidak mahu melayan karenah Hamilton yang sentiasa merungut pada sidang media kerana ketika dia begitu hebat mendominasi F1 pada beberapa musim lepas, tiada siapa ­melakukan perkara yang sama.

“Dia sepatutnya sedar ini adalah lumrah sukan permotoran kerana kami memiliki jentera terbaik dan tidak berpuas hati dengan pres­tasi semasa dengan sentiasa memperbaiki jentera bagi mengharungi kempen musim depan,” ­katanya.

Sementara itu, Hamilton mengakui sukar untuk pasukannya menjuarai sekurang-kurang­nya satu perlumbaan GP musim ini, dan ia seakan mustahil kerana jentera Red Bull begitu kompetitif dan konsisten sepanjang saingan.

“Jentera kami berada di landasan yang tepat untuk kembali bersaing tetapi masih memerlukan tempoh sebelum dapat konsisten. Saya jangkakan mungkin di penghujung musim baru kita dapat tampil mencabar Red Bull,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI