fbpx

IPO Skyworld terlebih langganan 1.19 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saham IPO terlebih langganan menunjukkan sambutan yang baik diterima daripada pelabur jangka panjang.

PETALING JAYA – Tawaran Awam Awal (IPO) SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) bersempena penyenaraiannya ke Bursa Malaysia telah terlebih langganan sebanyak 1.19 kali.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, syarikat telah menerima sebanyak  3,378 permohonan daripada 59,488,900 saham dari umum dalam tempoah enam hari bekerja bagi 50 juta terbitan saham awam yang diperuntukkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Daripada 1,644 permohonan pula, sebanyak 30,783,300 saham telah diterima daripada pelabur bumiputera yang mewakili sebanyak 1.23 kali lebihan langganan.

“Bagi baki peruntukan untuk umum, sebanyak 1,734 permohonan untuk  28,705,600 saham telah diterima dan ia mewakili sebanyak 1.15 kali lebihan langganan,” katanya.

IPO Skywords melibatkan terbitan awam sebanyak 208 juta saham baharu dan sebanyak 192 juta saham sedia ada dijual pada harga 80 sen sesaham.

Tawaran runcit adalah sebanyak 75 juta saham mewakili 7.5 peratus daripada terbitan saham diperkembangkan yang mana 50 juta saham untuk permohonan rakyat Malaysia melalui undian dan permohonan 25 juta saham untuk pengarah yang layak, pengurusan kanan utama, kakitangan dan individu yang menyumbang kepada kejayaan syarikat.

Selain itu, sebanyak 325 juta saham ditawarkan kepada institusi yang mewakili 32.5 peratus daripada terbitan saham diperbesarkan  dengan melibatkan 150 juta saham dibuka kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan sebanyak 175 juta saham ditawarkan kepada institusi dan juga pelabur terpilih. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI