fbpx

Pelitup muka tidak wajib dalam pengangkutan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan bermula Rabu depan.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa, menerusi kenyataannya berkata, seseorang individu itu bagaimanapun dikehendaki memakai pelitup muka sekiranya positif Covid-19 dan ketika berada di fasiliti kesihatan.

“Bagi individu berisiko tinggi seperti warga emas, berpenyakit kronik, imuniti rendah atau ibu mengandung, pemakaian pelitup muka amat digalakkan terutamanya di tempat sesak.

“Mereka yang bergejala respiratori turut terlibat bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain terutamanya ketika berada dalam perkhidmatan pengangkutan awam,” jelasnya.

Sementara itu katanya, status kawasan tempatan jangkitan negara akan dilanjutkan untuk tempoh enam bulan lagi, iaitu sehingga 31 Disember 2023.

Lanjutan itu menurutnya, diperlukan berikutan terdapat risiko kemunculan varian dan subvarian baharu virus SARS-CoV-2 di Malaysia.

“Perhimpunan ramai yang dijangka berlaku semasa sambutan Hari Raya Aidiladha dan Pilihan Raya Negeri (PRN), berkemungkinan berisiko menyumbang kepada peningkatan kes.

“Ia boleh membebankan sistem perkhidmatan kesihatan kerajaan jika langkah kawalan dan pencegahan tidak dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Selain itu, arahan pengasingan kes disahkan Covid-19 diteruskan dengan tempohnya dipendekkan dari tujuh hari kepada lima hari dari bermula gejala pertama yang akan berkuat kuasa Rabu depan.

“Ini berdasarkan kajian yang mengatakan bahawa infektiviti kes Covid-19 tinggi pada lima hari pertama dari bermula gejala dengan viral load yang tinggi pada tempoh tersebut,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain katanya, bilangan kes baharu Covid-19 telah menunjukkan penurunan sebanyak 53.5 peratus (5,801 kes kepada 2,698 kes).

“Kes kematian Covid-19 juga menunjukkan penurunan sebanyak 35.3 peratus (17 kes kepada 11 kes). Dari segi kapasiti hospital pula, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam dan pengisian katil fasiliti Covid-19 menurun.

“Peratus pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) kekal stabil pada 6.0 peratus manakala sehingga 27 Jun 2023, seramai 16,337,744 (50 peratus) penduduk Malaysia telah menerima dos penggalak pertama dan 2.5 peratus (825,275) sahaja telah menerima dos penggalak kedua.

“KKM juga ingin menasihatkan orang ramai untuk terus mengamalkan kawalan kendiri yang baik termasuk memastikan kebersihan diri bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI