fbpx

Agong, Raja Permaisuri laksana tawaf, saie haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agong, Raja Permaisuri dan Tengku Hassanal ketika melaksanakan tawaf dan saie haji di Masjidil Haram, Mekah, semalam.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melaksanakan tawaf dan saie haji di Masjidil Haram, Mekah, semalam.

Menerusi perkongsian di akaun rasmi Istana Negara di Facebook, beberapa keping gambar Seri Paduka Baginda berdua dimuat naik ketika melakukan ibadah tersebut.

“Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan paduka-paduka anakanda,” tulisnya.

Kelmarin, Seri Paduka Baginda berdua telah berangkat untuk berwukuf di Arafah dan seterusnya bermabit di Muzdalifah.

Kemudian, Agong dan Raja Permaisuri berkenan berangkat menunaikan ibadah melontar di Jamratul Kubra di Mina, semalam.

Ibadah melontar di Jamratul Kubra termasuk di dalam perkara-perkara wajib haji yang dilaksanakan pada 10 zulhijjah.

Seri Paduka Baginda dijadual berada di Kota Suci Madinah dan Mekah sehingga 1 Julai ini bagi menunaikan ibadah Haji. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI