fbpx

Melly hanya makan sesenduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MELLY GOESLOW

SETAHUN selepas menjalani pembedahan bariatrik, fizikal komposer dan penyanyi Melly Goeslow kian berubah mendadak.

Penampilannya kini kelihatan lebih kurus dan ramping berbanding sebelum ini.

Baru-baru ini perkongsiannya yang memperlihatkan diet makanan tengah hari meraih perhatian netizen.

Menerusi perkongsian itu, kelihatan pinggannya hanya berisi sesenduk nasi, sepotong lauk dan sedikit sambal.

“Porsi makan siangku” tulisnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terkejut, malah ada yang menganggap dia tidak bersyukur.

“Melly sudah potong usus kerana masalah kesihatannya, jadi tidak boleh makan banyak. Dia bukan tidak bersyukur.

“Tak perlu kecam itu pilihan hidup dia, mahu menikmati hidup dengan banyak makan silakan. Mahu hidup dengan tubuh kurus langsing juga silakan,” ujar netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI