fbpx

Tiga notis dikeluarkan terhadap pengusahaan, premis penginapan Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengeluarkan tiga notis selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 85 premis pengusahaan pelancongan dan premis penginapan di Cameron Highlands dalam satu operasi bermula 23 hingga 25 Jun lalu.

Notis yang dikeluarkan itu kerana disyaki melakukan kesalahan Seksyen 5(2), Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] yang mana pemeriksaan itu dijalankan bersama Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH).

MOTAC dalam kenyataan memaklumkan, penguatkuasaan dilaksanakan hasil pemantauan yang mendapati premis penginapan, individu atau syarikat didapati telah menjual pakej pelancongan tanpa mendapatkan lesen daripada MOTAC terlebih dahulu.

“Ia menyalahi Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] yang hanya membenarkan agensi pelancongan berlesen sahaja yang boleh menawarkan pakej pelancongan.

“Mana-mana syarikat atau individu termasuk Premis Penginapan Pelancong (PPP) yang menjual pakej pelancongan hendaklah memohon lesen pengusahaan pelancongan mengikut Akta 482 melalui sistem TOURLIST (www.tourlist.gov.my),” menurut kenyataan itu, hari ini.

Tiga notis pemeriksaan dikeluarkan kerana disyaki melakukan kesalahan Seksyen 5(2), Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] iaitu tiada seorang pun boleh menjalankan, atau mengendalikan, atau menganjurkan dirinya sebagai menjalankan atau mengendalikan perniagaan pengendalian pelancongan, atau perniagaan agensi pelancongan melainkan jika ia adalah suatu syarikat dan memegang lesen sah.

Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum lima RM500,000 atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan berterusan, sebagai tambahan didenda tidak melebihi RM5,000 bagi setiap hari kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI