fbpx

Polis tahan lelaki bawa 7 kanak-kanak bonceng skuter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengguna Twitter bernama Sohail Qureshi memuat naik klip video yang memaparkan lelaki berkenaan sedang menunggang motosikal jenis skuter bersama tujuh kanak-kanak. – Twitter

NEW DELHI,  India – Polis Mumbai menahan seorang lelaki berusia 40 tahun kelmarin  atas dakwaan cubaan membunuh selepas sebuah video menunjukkan dia menunggang skuter bersama tujuh kanak-kanak tular di media sosial, lapor laman berita The Indian Express.

Pada 20 Jun lalu, seorang pengguna Twitter bernama Sohail Qureshi memuat naik klip video memaparkan lelaki berkenaan sedang menunggang motosikal jenis skuter bersama tujuh kanak-kanak.

“Lelaki tidak bertanggungjawab ini menunggang motosikal bersama tujuh kanak-kanak. Dia perlu ditahan segara kerana merisikokan nyawa mereka. Ibu bapa kanak-kanak itu juga perlu didakwa,” demikian menurut keterangan pada hantaran berkenaan.

Hantaran itu  mendapat perhatian pihak berkuasa dengan polis Mumbai membuka kertas siasatan  di bawah Kanun Keseksaan India (IPC) Seksyen 308 (cubaan membunuh) di Balai Polis Tardeo, demikian menurut  inspektor kanan polis, Vivek Shende.

“Jangan menunggang seperti ini. Penunggang motosikal ini meletakkan nyawa pembonceng kanak-kanak dan orang lain dalam bahaya. Ia kesalahan serius di bawah Seksyen 398,” kata polis trafik Mumbai menerusi hantaran di laman Twitter. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI