fbpx

Pangkor berpotensi capai sasaran sejuta pelancong tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurmalis (tengah) menyaksikan Mohd. Zamzuri (tiga dari kiri) dan Richard bertukar dokumen MoU di Pangkor Village Beach Resort, Pulau Pangkor semalam.

LUMUT – Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Pangkor Village Beach Resort dengan agensi pelancongan, Jom Sun Travel Services Global Holdings Co. Ltd. berpotensi membantu Pulau Pangkor mencatatkan kemasukan seramai sejuta pelancong sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa berkata, menerusi pemeteraian MoU tersebut, agensi pelancongan tersebut akan membawa masuk antara 150 hingga 200 orang pelancong dari luar negara ke pulau peranginan tersebut pada setiap bulan.

“Syarikat berkenaan akan membawa pelancong dari negara seperti China, Korea, Jepun dan Vietnam ke Pulau Pangkor yang termasuk dalam salah satu destinasi pelancongan tempatan ditawarkan mereka.

“Jadi, kerjasama dijalin antara kedua-dua pihak berkenaan merupakan satu langkah permulaan yang baik bagi sektor pelancongan tempatan dan Perak secara khususnya,” katanya pada sidang akhbar resort tersebut di Pulau Pangkor, di sini semalam.

Mou tersebut dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pangkor Village Beach Resort, Mohd. Zamzuri Suid dan rakan sejawatnya dari Jom Sun Travel Services Global Holdings Co. Ltd., Richard Su di resort berkenaan.

Mengulas lanjut, Nurmalis berkata, Pulau Pangkor telah menerima kunjungan sehingga 373,244 orang pelancong setakat April lalu.

“Pada tahun lalu pula, seramai 1,051,925 orang pelancong telah ke pulau ini, dengan Disember mencatatkan bilangan pengunjung teramai iaitu 123,740 orang,” katanya.

Tambah beliau, berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Perangkaan semalam, Perak juga masih kekal dalam carta lima negeri terbanyak yang menerima kunjungan pelancong domestik pada tahun lalu apabila mendapat tempat keempat apabila merekodkan sebanyak 14.6 juta pelancong.

Empat negeri lain dalam carta berkenaan ialah Selangor di tempat pertama dengan 22 juta pelancong domestik, Kuala Lumpur (16.9 juta), Sarawak (15.5 juta) dan Pahang (13.2 juta) yang berada di kedudukan kelima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI