fbpx

MIC, MCA akan diberikan kerusi pada PRN – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Portal TVET Madani dan Pertukaran Memorandum Kerjasama Antara Kerajaan Dengan GLC Dan Syarikat Swasta di The Everly Putrajaya hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan MCA dan MIC akan diberikan kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Malah Timbalan Perdana Menteri itu berkata, parti komponen berkenaan akan diberikan kerusi yang boleh dimenangi dalam PRN.

“Kita hampir di penghujung untuk memuktamadkan pengagihan kerusi dalam kalangan BN dan PH. Saya (juga) ingin maklumkan MCA dan MIC juga ada tempat dan ada kerusi kita berikan kepada mereka untuk bertanding.

“Saya harap jika ada sebarang desas desus mengatakan ada peminggiran dalam kalangan komponen BN, saya harap ia dipadamkan.

“Jadi saya ingin memberikan jaminan ini kepada rakan-rakan parti dalam komponen BN, manakala rakan-rakan dalam komponen PH, itu kita sudah serahkan kepada Pengerusi PH dan presiden parti masing-masing untuk menentukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Portal TVET Madani serta pertukaran memorandum kerjasama antara kerajaan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta di sini hari ini.. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI