fbpx

EPL: Pemain muda jadi keutamaan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL terus mengekalkan polisi untuk mendapatkan pemain muda berbakat bagi memastikan mereka mampu berdaya saing untuk tempoh panjang. – FB ARSENAL

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berikrar untuk terus membina pasukan yang memiliki kualiti untuk muncul juara selain kekal dengan misinya membentuk skuad muda yang mampu berdaya saing dalam tempoh lebih panjang.

Arteta juga mengakui, The Gunners akan kekal aktif di pasaran perpindahan untuk mencari pemain yang mampu meningkatkan kualiti pasukan, namun akur segalanya memerlukan kos lebih tinggi.

“Kami sudah pun membina skuad yang purata umurnya sangat muda. Kami mempunyai pemilik yang selari dengan visi kami iaitu untuk membina pasukan tanpa banyak melakukan pelaburan.

“Tetapi, kamu perlu ke pasaran perpindahan untuk mencari apa yang kami belum ada untuk menjadikan pasukan ini menjadi lebih sempurna,” katanya yang turut pertahankan strategi kelab untuk terus berbelanja.

Pada musim 2021/22, Arsenal menjadi salah satu daripada 20 kelab yang dikenal pasti oleh UEFA berisiko melanggar Peraturan Kewangan Adil (FFP), malah pada 2020 The Gunners muncul pasukan yang berbelanja paling besar di Eropah.

Terbaharu, Arteta sudah pun berjaya mendapatkan Kai Havertz dari Chelsea dan pengurus itu mengatakan penilaian adalah perkara lebih penting.

“Setiap pemain berbakat pasti ada nilainya dan kami di Arsenal sentiasa meminati pemain muda yang ada pengalaman. Saya tidak bercakap tentang pemain di kelab lain.

“Dalam kes Kai, dia sudah menunjukkan segala-galanya termasuk di Liga Juara-Juara. Dia seorang pemain berbakat dan hakikatnya dia baharu saja berusia 24 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI