fbpx

Jangan samakan taraf agama dengan parti politik – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi.

PETALING JAYA – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan parti politik tidak sepatutnya disetarafkan dengan kedudukan agama.

Asyraf Wajdi dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, agama Islam adalah lebih tinggi dan melangkaui mana-mana parti politk.

“Perbezaan ijitihad dalam pendekatan politik kepartian jangan sampai kita meleburkan Ukhuwwah Islamiah yang lebih penting.

“Bersederhanalah dalam berpolitik dan berparti,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dipercayai sebagai respons kepada kenyataan Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali yang mengatakan adalah haram untuk menggelar orang Islam lain yang mempunyai platform politik sebagai musuh Allah SWT.

Mohd. Khairuddin dalam satu hantaran di Facebook berkata, tiada kewajipan bagi umat Islam bersama dan menyokong Pas kerana tiada dalil dalam al-Quran dan as-sunnah berhubung perkara tersebut.

“Mewajibkan sesuatu yang tidak wajib itu adalah perbuatan haram.

“Sebarang fatwa yang mewajibkan orang Islam berpolitik menerusi Pas dan mengundi hanya Pas dalam politik pilihan raya sahaja adalah fatwa songsang kerana ijtihad politik kepartian sifatnya luas dan tidak terhenti pada satu organisasi sahaja,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI