fbpx

FBINAA penting untuk tambah naik penyiasatan, basmi jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (depan, kanan) dan Razarudin selepas merasmikan Persidangan FBINAA Asia Pasifik Ke-23, di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBINAA) sentiasa dilihat sebagai medium bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menambah baik penyiasatan dan kemahiran pengurusan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kerjasama meluas dalam latihan ini membawa kepada hasil yang lebih baik dalam memerangi jenayah rentas negara dan jenayah canggih seperti isu global.

Ujarnya, FBINAA menyediakan latihan penyiasatan berkaitan jenayah siber, hak sivil, jenayah terancang rentas sempadan, ‘weapons of mass destruction’ dan jenayah kolar putih.

“Dalam aspek ini, program FBINAA merupakan bahagian penting dalam menjalin kerjasama serantau yang lebih kukuh dalam kepolisan dan mempromosikan persahabatan dalam kalangan pegawai polis negara.

“Saya yakin dan percaya acara ini dapat beri peluang yang lebih luas kepada pegawai PDRM untuk meningkatkan kerjasama pada masa hadapan dan meluaskan rangkaian kami.

“Saya berharap persidangan ini akan menjadi platform untuk bekerjasama dan berkongsi untuk lebih mendalami pengalaman dan pengetahuan dalam pembasmian jenayah,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Persidangan FBINAA Asia Pasifik Ke-23, di Sunway Resort Hotel, di sini, hari ini.

Persidangan itu dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Untuk rekod, Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan FBINAA Asia Pasifik buat kali kedua sejak tahun 2010.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Antarabangsa FBI, Raymond P. Duda berkata, kerjasama antarabangsa dalam kalangan agensi penguatkuasaan pelbagai adalah penting untuk mengekang jenayah sempadan.

“Kita perlu bekerja rapat di peringkat antarabangsa untuk membendung ancaman tersebut,” katanya

FBINAA adalah satu organisasi bukan berorientasikan profit antarabangsa dan ahli-ahlinya terdiri daripada mereka yang menghadiri selama 11 minggu di Quantico, Amerika Syarikat.

Persidangan ini berlangsung bermula semalam hingga 29 Jun depan di Sunway Resort Hotel, di sini, dengan dihadiri oleh 160 delegasi dari seluruh Asia Pasifik Wilayah, termasuk Malaysia, Vietnam, Australia, Thailand, Filipina, Korea Selatan dan lain-lain.

Setakat ini, seramai 65 pegawai kanan polis dimana lapan daripadanya telah menyertai latihan ini dan masih bekerja serta memegang jawatan penting dalam PDRM. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI