fbpx

Zii Jia masih prospek emas Olimpik negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA mengetuai senarai pemain elit badminton termasuk Aaron-Wooi Yik yang meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 tersenarai dalam projek RTG.

PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terus diletakkan sebagai harapan bagi membantu kontinjen Malaysia meraih pingat emas pertama pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Pengerusi Bersama program Road To Gold (RTG), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria percaya bekas juara Asia itu mampu kembali ke prestasi terbaik meskipun aksinya ketika ini berada dalam keadaan terumbang-ambing.

Beliau berkata, Zii Jia dan seorang lagi perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong akan terus diberikan harapan dan kepercayaan bagi menggalas misi dalam acara tersebut di Paris nanti.

“Zii Jia masih lagi harapan kita (acara perseorangan lelaki). Buat masa ini, kita bagi peluang kepada Zii Jia untuk dia berehat.

“Harapan dalam acara perseorangan lelaki pada Olimpik nanti masih lagi diletakkan ke atas Zii Jia dan Tze Yong,” katanya yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Mohamad Norza sedar peminat-peminat badminton tanah air mempersoalkan kemasukan Tze Yong dalam RTG, namun beliau percaya pemain itu layak dan relevan untuk program tersebut.

“Siapa lagi yang layak apabila proses kelayakan pemain badminton akan berakhir April tahun depan, sudah tentu Tze Yong walaupun ada cakap-cakap Tze Yong beraksi tiga perlawanan tetapi kurang menyerlah.

“Jangan kita perkecilkan atlet kita kerana mereka seperti ‘barisan hadapan’. Siapa lagi kita mahu harapkan, saya harap peminat sukan tanah air terus beri sokongan kepada mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI