fbpx

Syarikat culas santun jemaah haji boleh kena penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYARIKAT tidak menjalankan tugas seperti yang dipersetujui untuk santuni jemaah haji akan dikenakan penalti. -GAMBAR HIASAN

MEKAH – Syarikat yang culas dan tidak menjalankan tugas seperti yang dipersetujui untuk menyantuni jemaah haji akan dikenakan penalti.

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah berkata, pihaknya memantau rapi semua syarikat yang memberikan perkhidmatan untuk jemaah haji dan umrah.

Katanya, terdapat meka­nisme yang akan digunakan untuk memberi penghormatan kepada syarikat terbaik melalui pemantauan yang dilakukan lebih 37 agensi kerajaan sepanjang musim haji.

“Menyantuni tetamu Allah menjadi keutamaan kerajaan. Oleh kerana itu, kami telah me­lancarkan aplikasi nusuk dalam tujuh bahasa terutama jemaah dari Eropah iaitu Amerika dan Australia.

“Aplikasi itu telah digunakan sebanyak 34 juta jemaah dari 58 negara di seluruh dunia pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Tawfiq Fawzan, pihaknya telah menandatangani 108 perjanjian bertujuan untuk melancarkan prosedur jemaah umrah ketika melakukan 13 lawatan rasmi di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada visi 2030 Arab Saudi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI