fbpx

Belia Felda digesa rebut peluang perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (dua dari kanan) ketika menyampaikan geran bernilai RM210,000 di Majlis Mesyuarat Agong Tahunan Majlis Belia Felda Wilayah Johor Bahru & Penyerahan Sumbangan Bantuan Majlis Belia Felda Negeri Johor di Hotel Amari, Johor Bahru, hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Golongan belia termasuk dari penempatan Felda di negeri ini digesa untuk merebut peluang perniagaan sedia ada sekiranya tidak mahu ia direbut ‘pihak luar’.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, gesaan itu penting kerana ekonomi sekali gus peluang perniagaan di negeri ini dijangka akan terus berkembang pada masa depan.

Menurut beliau, perkara itu turut disebabkan oleh limpahan ekonomi dari Singapura.

“Harga hartanah di sana (Singapura) semakin meningkat. Pelaburan di sini semakin lama semakin banyak kerana kos untuk memulakan perniagaan di Johor, secara puratanya 70 peratus lebih murah daripada berniaga di sana.

“Selain itu, turut pesat membangun adalah sektor pelancongan kerana potensinya ada memandangkan ramai yang berada di Singapura bukan sahaja warga republik itu tetapi juga dari benua Eropah, Australia dan Jepun.

“Kita ada kelebihan iaitu faktor alam semula jadi kalau belia Felda tidak ambil peluang perniagaan yang ada, saya risau orang luar akan rebut,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Majlis Belia Felda (MBF) Wilayah Johor Bahru dan Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan MBF Negeri Johor, di sini, hari ini.

Dalam majlis tersebut, Onn Hafiz turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM360,000 kepada 72 persatuan di bawah MBF Johor.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI