fbpx

3 beradik maut: Suasana pilu selubungi Hospital Pekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBU bapa mangsa tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu jenazah mangsa di Hospital Pekan di Pekan hari ini.

PEKAN – Suasana pilu menyelubungi perkarangan Unit Forensik Hospital Pekan yang dihadiri ahli keluarga dan sahabat handai tiga beradik yang maut dalam kemalangan di kejadian kemalangan di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir di Kampung Langgar di sini semalam.

Ibu bapa mangsa Nik Mohd. Hisyam Derahman, 41, dan Norbaizura Mustapa, 33, dilihat tidak dapat menahan kesedihan apabila menangis ketika menunggu proses bedah siasat mangsa di Hospital Pekan.

Semalam tiga beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir di Kampung Langgar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, mangsa, Nik Ikram Idwan Nik Mohd Khairul Hisyam, 15, serta dua adiknya, Nik Nur Faqihah, 11, dan Nik Ikram Nuqman, 5, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kampung Lamir menghala ke Kampung Langgar.

“Apabila sampai di tempat kejadian penunggang motosikal dipercayai terbabas masuk dalam laluan bertentangan kemudian bertembung dengan MPV yang datang dari arah hadapan,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI