fbpx

Tuah 10 pemenang bawa balik motosikal baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Megat bersama isteri bergambar bersama motorsikal pilihan, Honda ADV160.-FOTO AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Ibarat beli satu percuma satu, begitulah bertuahnya seorang pemenang hadiah Peraduan Beli Honda Menang Kaw Kaw apabila berjaya membawa pulang sebuah motosikal baharu.

Pekerja swasta, Megat Danial Megat Hussain, 45, dari Kulai, Johor tidak menyangka penyertaannya terpilih sebagai pemenang hadiah utama kedua peraduan tersebut.

“Pada mulanya, saya masuk pertandingan ini sekadar suka-suka sahaja. Untuk pertandingan, saya menghantar gambar bersama isteri disamping motosikal Honda ADV160 yang baharu dibeli.

“Tetapi, alangkah terkejutnya saya apabila kawan-kawan memberitahu bahawa saya berjaya memenangi pertandingan tersebut,” katanya.

Memilih sebuah lagi Honda ADV160 untuk dibawa pulang, Megat berkata, dia ingin mempunyai motosikal yang sama dengan isteri supaya boleh menunggang motosikal bersama-sama pada masa akan datang.

“Kemenangan ini memang sesuatu yang tidak disangka-sangka. Selepas ini, bolehlah saya pergi ‘ride’ dengan isteri sebelah menyebelah,” ujarnya.

Satu-satunya peserta wanita yang memenangi pertandingan tersebut, pekerja swasta, Shazatul Shafirah Shukri, 27, pula telah memilih untuk membawa pulang sebuah motosikal Honda CBR150R.

Mengakui memang menggemari aktiviti lasak, Shazatul juga gemar membuat ‘content’ motosikal dalam bentuk video untuk dimuat naik ke laman YouTubenya.

“Saya memang suka menunggang motosikal secara solo. Sebelum ini, saya pernah menaiki motosikal hingga ke puncak Gunung Jerai seorang diri.

“Dengan kemenangan ini, saya merancang untuk hasilkan lebih banyak ‘content’ pada masa akan datang dengan motosikal baharu,” katanya.

Peraduan Beli Honda Menang Kaw Kaw telah dijalankan dari 1 Februari hingga 31 Mac lalu sebagai inisiatif untuk menarik pelanggan baharu dan menggalakkan pembelian awal sebelum Hari Raya Aidilfitri. Pertandingan tersebut telah menerima ribuan penyertaan dan hampir 900,000 capaian dari seluruh negara.

Hadiah utama pertandingan tersebut adalah 4 buah unit motosikal Honda Forza atau CBR250RR, enam buah unit Honda ADV160 atau CBR150R, 20 peranti Samsung Flip Z4 128GB, 30 tablet Apple iPad 10th Gen dan 300 unit Fitbit Charge 5. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI