fbpx

MBKT kompaun RM25,000 IPTA anjur konsert melampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video konsert yang diadakan di sebuah IPTA di Terengganu baru-baru ini.

KUALA NERUS – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengeluarkan notis kompaun berjumlah RM25,000 terhadap pengurusan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negeri ini susulan penganjuran konsert yang telah mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata, siasatan mendapati konsert yang berlangsung pada 10 Jun lalu itu dianjurkan tanpa permit.

“Tiada permohonan permit dilakukan (kepada MBKT) bagi penganjuran konsert terbabit.

“Tindakan akan diambil mengikut Undang-undang kecil, Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan MBKT 2002,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online 14 Jun lalu melaporkan klip video yang memaparkan penganjuran konsert melibatkan pencampuran lelaki dan perempuan di sebuah IPTA di negeri ini tular di media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Satiful Bahri Mamat kemudiannya mengarahkan siasatan berhubunh penyebaran video terbabit.

Beliau juga kesal dengan penganjuran konsert berkenaan yang bertentangan dengan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu.

Rosli berkata, notis kompaun RM25,000 tersebut akan diserahkan kepada pengurusan universiti itu dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI