fbpx

Liverpool atur langkah sambar Chiesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHIESA kini menjadi buruan banyak kelab Eropah antaranya Liverpool, Chelsea, Bayern dan PSG selepas Juventus bersedia menjualnya selepas ini. - AFP

LIVERPOOL – Liverpool dilaporkan sedang menyediakan tawaran bernilai £34.4 juta (RM203.75 juta) buat pemain sayap Juventus, Federico Chiesa sebagai pembelian kedua kelab itu dalam jendela perpindahan ketika ini.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mahu memastikan pasukannya benar-benar bersedia untuk kembali mencabar Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas membeli Alexis Mac Allister dari Brighton dengan harga £35 juta (RM207.30 juta).

Difahamkan, Juventus tidak keberatan untuk menjual Chiesa, 25, untuk meningkatkan keadaan kewangan kelab itu selepas gagal layak dalam kempen Liga Juara-Juara musim depan.

The Old Lady merasakan sekarang adalah waktu terbaik untuk mereka menerima tawaran tinggi buat bintang antarabangsa Itali itu memandangkan kontraknya masih panjang dan akan berakhir pada 2025.

Bagaimanapun, The Reds bukan satu-satunya kelab yang memburu khidmat Chiesa kerana tiga gergasi Eropah dengan kewangan lebih kukuh seperti Chelsea, Bayern Munich dan Paris Saint-Germain (PSG) turut menyatakan minat mereka.

Sehubungan itu, Liverpool perlu berunding segera untuk mencapai kata sepakat dengan Juventus walaupun gergasi Serie A tersebut tetap mahukan tawaran berjumlah £51.5 juta (RM305.03 juta) buat Chiesa.

Dalam masa sama, Chiesa menyerahkan masa depannya kepada Juventus meskipun berharap dia dapat terus menyarung jersi kelab itu sehingga kontraknya berakhir.

“Sekarang saya hanya fikir mahu bercuti kerana gembira bagaimana menamatkan musim ini yang begitu mencabar buat diri saya. Selepas itu barulah saya memikirkan aksi pramusim.

“Saya masih pemain Juventus tetapi kita tunggu dan lihat bagaimana nanti,” kata Chiesa selepas membantu Itali menewaskan Belanda 3-2 dalam penentuan tempat ketiga Liga Negara-Negara Eropah baru-baru ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI