fbpx

Lebuh raya Bentong-Raub dibuka tengah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY (enam dari kanan) dan Abdul Rahman (tujuh dari kanan) menyempurnakan pembukaan jalan LTU Seksyen 5B dan sebahagian Seksyen 5A di Raub.

RAUB – Laluan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) antara Bentong ke Raub yang melibatkan Seksyen 5B dan sebahagian Seksyen 5A mula dibuka mulai pukul 12.01 tengah malam ini.

Pembukaan laluan sepanjang 18.6 kilometer daripada Persimpangan Keruntung, Bentong ke Persimpangan Krau di sini disempurnakan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy berkata, pembukaan laluan berkenaan amat signifikan terutama dalam mengatasi kesesakan lalu lintas khususnya pada musim perayaan.

“Manfaat yang kita dapat daripada jalan ini ialah memendekkan perjalanan daripada 45 minit kepada 15 minit dan daripada segi jaraknya daripada 30 kilometer kepada 18.6 kilometer.

“Laluan ini akan dibuka secara rasmi 25 Jun pada 12.01 tengah malam ini yang mana orang ramai boleh menggunakan lebuh raya ini,”katanya dalam sidang akhbar pada Majlis penyerahan projek siap dan pembukaan jalan LTU Seksyen 5B dan sebahagian Seksyen 5A.

Jajaran LTU di negeri Pahang melibatkan empat pakej utama iaitu pakej tiga sehingga pakej enam sepanjang 169.10 kilometer yang dipecahkan kepada 16 Seksyen. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI