fbpx

[KEMASKINI] Bekas pemain kebangsaan ditahan ceroboh bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang bekas pemain bola sepak direman selepas dipercayai menceroboh sebuah bilik hotel yang disewa seorang wanita di Kelana Jaya di sini petang Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki itu bagaimanpun dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya selesai dirakam.

Siasatan ke atas lelaki itu dibuat selepas dia dipercayai menceroboh bilik hotel tersebut pada pukul 6.10 petang.

Menurutnya, laporan dibuat oleh pengadu iaitu wanita berusia 35 tahun pada pukul 2.10 pagi, Khamis.

“Mangsa menyatakan bilik hotelnya telah diceroboh oleh lelaki tersebut yang berusia 49 tahun berikutan terdapat perselisihan faham antara mereka.

“Suspek meninggalkan bilik tersebut selepas mendapatkan bantuan daripada pekerja hotel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, hasil maklumat dan risikan, pihaknya berjaya menahan suspek di Jalan Penchala di sini untuk membantu siasatan.

“Kebenaran menahan reman lelaki itu diperoleh daripada Mahkamah Petaling Jaya bermula semalam.

“Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI