fbpx

Kanak-kanak 7 tahun didera bapa tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Tindakan bapa tiri mendera anak lelaki berusia tujuh tahun di sebuah rumah teres Taman Sri Rampai, Wangsa Maju, di sini, terbongkar apabila masyarakat setempat membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), petang semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pasangan suami isteri yang juga penjaga kepada mangsa telah ditangkap semalam sebaik menerima laporan daripada pihak JKM.

“Bapa tiri berusia 37 tahun manakala ibu kandung mangsa berusia 35 tahun merupakan warga tempatan dan bekerja sebagai peniaga nasi lemak.

“Kedua-duanya ditahan semalam dan kita telah mendapat permohonan reman terhadap mereka selama lima hari bermula hari ini,”ujarnya ketika sidang akhbar selepas majlis pelancaran Taman Angkat Amanita Taman Bukit Cheras, di sini, tengah hari.

Jelasnya, kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan iaitu lebam pada bahagian kaki dan juga kesan rotan.

“Kesan kecederaan lebam masih baru yang berkemungkinan dipukul dalam tempoh seminggu. Tapi kesan-kesan yang sebelumnya masih belum diketahui.

“Mangsa difahamkan dipukul kerana nakal namun kita akan soal siasat kanak-kanak untuk tahu perkara sebenar.

“Ujian saringan mendapati bapa tiri positif dadah jenis syabu manakala ibunya negatif,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI