fbpx

HibGlam sarat informasi selebriti dalam, luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
pelajar Kolej Profesional Mara Cawangan Bandar Melaka, Nur Aina Hidayah Qairul Elfee, 23, melihat akaun HibGlam di Instagram ketika ditemui di Jalan Hang Tuah, Bandaraya Melaka baru-baru ini. FOTO SYAFEEQ AHMAD

PETALING JAYA – Kewujudan portal hiburan, HibGlam memberi aura sensasi terutama buat mereka yang sentiasa dahagakan maklumat berkaitan dunia hiburan dalam mahupun di luar negara.

Tinjauan orang ramai mendapati, rata-rata mereka berpendapat, HibGlam membantu dalam penyaluran berita terkini tentang artis kegemaran masing-masing.

Bukan itu sahaja, portal tersebut juga menjadi salah satu medium ‘wajib singgah’ untuk meredakan tekanan selepas sibuk dengan aktiviti harian.

Seorang pelajar di sebuah universiti awam, Nur An Nisaa ­Iryanie, 23, berkata, HibGlam yang merupakan produk terbaharu Media Mulia Sdn. Bhd. ba­nyak membantunya dalam me­ngenali rencah dunia seni secara lebih mendalam.

“Dengan kewujudan portal ini, saya dapat mengetahui lebih banyak perkembangan artis tempatan dan luar negara,” katanya.

Pandangan sama dilontarkan pelajar Fakulti Komunikasi dan Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Megat Amir Irham Ahmad Mahidin, 23, yang memberitahu, dia begitu menggemari berita berkaitan gosip artis tempatan.

“Walaupun saya seorang lelaki, namun gosip dunia hiburan ibarat sebagai satu terapi, terutama selepas stres menelaah pelajaran.

“Bila baca berita berkaitan selebriti, memang rasa seronok. Tambahan pula, dengan adanya HibGlam, Semua maklumat kini di hujung jari. Terbaik HibGlam,” katanya.

Seorang lagi pelajar, Fatin Syahirah Ilyana, 21, yang merupakan pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM Puncak Perdana pula memaklumkan, kewujudan portal HibGlam ini sangat memberikan manfaat kepadanya untuk lebih mengenali dunia hiburan.

“Jurusan yang saya ambil di universiti sekarang memerlukan saya sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini tentang dunia hiburan.

“Jadi saya rasa kewujudan portal HibGlam ini adalah tepat pada masanya.

“Dengan adanya portal HibGlam ini ia dapat memberi gambaran kepada kami (pelajar) untuk memahami selok-belok tentang industri hiburan.

“Rasa teruja dapat baca perkembangan artis kegemaran dari Korea Selatan, sekarang sudah tidak perlu stalk (intai) media sosial mereka lagi,” ujarnya.

Bagi pelajar jurusan penulisan skrip, Nur Hidayati Nizal, 21, portal HibGlam ini memudahkannya untuk mengenali artis-artis terutama yang baharu.

“Saya pelajar penulisan skrip, saya perlu cakna dengan perkembangan artis tidak kira lama atau baharu untuk dijadikan watak dalam proposal skrip. Jadi sekarang, tidak perlu bersusah payah lagi,” kata gadis itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI