fbpx

Segerakan subsidi petrol elak ketirisan – PPIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadzim

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan untuk segera laksanakan program subsidi petrol bagi memastikan tiada hasil negara dirompak secara terbuka.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, setiap hari ada sahaja pengguna melaporkan kes kenderaan negara jiran mengisi petrol bersubsidi di negeri-negeri berhampiran sempadan.

Katanya, gesaan tersebut dibuat berhubung kejadian dua individu warga Singapura yang didakwa mengisi minyak petrol ke dalam tong di sebuah stesen minyak baru-baru ini.

“Bukan sahaja tidak ada tindakan langsung dari Kerajaan Malaysia terhadap pelaku, dimana maruah kita sebagai sebuah negara?,” soalnya menerusi satu kenyataan akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Nadzim turut mempersoal keberkesanan pihak berkuasa yang terlibat.

“Adakah pihak berwajib kita sudah tidak ada rasa sayang dan cintakan negara lagi? Bersusah payah barisan hadapan negara menjaga keamanan negara, warga asing boleh suka-suka merompak harta kita?,” katanya.

Berhubung kejadian tular tersebut, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, hasil siasatan lanjut mendapati terdapat salah faham yang berlaku dan individu warga Singapura tersebut mendakwa mahu mengisi minyak ke dalam tong untuk kegunaan go-kart.

“Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak Sunway Box di sini pada jam 8.37 malam,16 Jun lalu,” katanya.

Selain itu, Nadzim pada masa sama mempersoalkan samada tindakan warga Singapura terbabit dibenarkan dan bagaimana untuk memastikan kumpulan warga asing ini tidak menyeludup petrol bersubsidi keluar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI