fbpx

Razarudin mula tugas rasmi di Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin memulakan tugas rasminya di Bukit Aman, hari ini. -Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR- Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memulakan tugas rasmi di Bukit Aman, hari ini.

Beliau yang dibawa menaiki kenderaan rasmi tiba di pintu masuk utama Bukit Aman pada pukul 8 pagi.

Setibanya di Lobi Menara 1, Razarudin telah disambut oleh Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin bersama barisan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara.

Beliau seterusnya menandatangani dokumen memulakan tugas diikuti bacaan doa selamat di pejabatnya yang dipimpin oleh Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Zakarim Abdullah @ Zakaria.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Razarudin menggalas jawatan sebagai Ketua Polis Negara ke-14 berkuat kuasa semalam, selepas Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menjalani persaraan.

Majlis serah terima tugas dan pemakaian lencana jawatan nombor satu dalam PDRM itu disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Pada majlis sama, berlangsung upacara serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Negara antara Razarudin dengan penyandang baharu Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI