fbpx

Nur Izzara menderita diabetes, perlu disuntik insulin empat kali sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nur Ismail (kiri) memberi suntikan insulin kepada Nur Izzara Amani yang menderita penyakit kencing manis dan pankreas bocor sejak berusia tiga tahun.

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa melalui kehidupan perit apabila perlu disuntik insulin sebanyak tiga hingga empat kali sehari akibat penyakit kencing manis atau diabetes yang dihidapi sejak berusia tiga tahun.

Selain kencing manis, Nur Izzara Amani Muhammad Nur Ismail yang kini berusia enam tahun turut mengalami masalah pankreas bocor sehingga menyebabkan dia kurang aktif.

Bapanya, Muhammad Nur Ismail Razali, 41, berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu pada mulanya hanya demam dan muntah sebelum ditahan di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) ketika berusia tiga tahun.

Ketika itu katanya, pihak hospital memaklumkan anaknya turut mengalami pankreas bocor sehingga tidak dapat menghasilkan insulin dalam badan secara semulajadi.

“Selepas menerima rawatan di HRPZ II, Nur Izzara Amani perlu mengambil suntikan insulin tiga hingga empat kali sehari.

“Pada mulanya, dia tidak mahu dicucuk insulin, namun kini Nur Izzara Amanbi sudah terbiasa. Jika tidak mengambil insulin, kandungan gula dalam darahnya pasti meningkat,” katanya ketika ditemui di Kampung Semut Api, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini baru-baru ini.

Muhammad Nur Ismail memberitahu, dia mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM400 sebulan untuk pembiayaan perubatan Nur Izzara Amani termasuk membeli jarum insulin.

Selain itu katanya, dia dan isteri, Azmahani Mohd. Yusof, 40, turut menyara dua orang anak yang berusia 15 dan 10 tahun.

“Baru-baru ini, siku kiri Nur Izzara Amani patah sehingga dia perlu menjalani pembedahan. Luka pembedahan itu juga mengambil masa untuk sembuh disebabkan oleh penyakit ken­cing yang dialaminya.

“Pendapatan saya yang be­kerja sebagai pembantu am dan isteri pula sebagai kerani tidak cukup untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga, katanya.

Muhammad Nur Ismail berkata, setakat ini, ada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tampil memberi bantuan untuk meringankan beban dalam kos rawatan Nur Izzara Amani.

Mereka yang ingin membantu boleh menyumbang ke akaun Hong Leong Bank 12451036092 atas nama Muhammad Nor Ismail Razali atau hubunginya di talian 017-976 4901.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI