fbpx

Enam suspek kes kubur Wang Kelian terus diburu, diekstradisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADERULHISHAM (kiri) melihat foto empat suspek kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur Besar Wang Kelian yang berjaya diekstradisi di IPK Perlis, Kangar hari ini.

KANGAR – Polis terus berusaha mengesan enam lagi individu dikehendaki Kerajaan Malaysia bersabit kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur Besar di Wang Kelian untuk diekstradisi ke negara ini menerusi Op Wawasan Khas Wang Kelian.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, suspek terdiri daripada lima warga Thailand dan seorang Bangladesh.

“Kita akan terus menjalinkan kerjasama erat dengan semua pihak terlibat termasuk pihak berkuasa negara jiran dan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan dan mengheret mereka ke muka pengadilan.

“Kesemua enam suspek itu adalah saki baki daripada 11 suspek disenaraikan dalam Notis Merah Interpol yang dimohon polis Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, di sini hari ini.

Kesemua suspek terbabit adalah individu yang dikenal pasti terlibat dalam kes penemuan kubur Besar Wang Kelian pada 2015 apabila polis membongkar 147 lubang kubur bersama 130 rangka manusia.

Lokasi jenayah itu terletak di kawasan Gua Wang Burma, sempadan Malaysia-Thailand iaitu di belakang Taman Negeri Perlis.

Menurut Baderulhisham berkata, susulan penemuan kubur besar itu, seramai empat warga asing terdiri daripada dua warga Myanmar dan masing-masing seorang dari Thailand dan Bangladesh ditahan dan dituduh pada tahun 2015 hingga 2016.

“Bagaimapun ketika itu ada 11 lagi senarai suspek dikehendaki masih bebas menyebabkan waran tangkap dikeluarkan ke atas mereka oleh Mahkamah Sesyen Kangar.

“Polis juga turut memohon Notis Merah Interpol bagi membantu siasatan dan memberkas mereka sebelum seorang suspek warga Thailand ditangkap di Johor serta dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar pada 5 April 2022,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI