fbpx

Remaja perempuan 16 tahun hilang di Bandar Sunway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhawani difahamkan hilang sejak Isnin lalu.

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di sekitar Bandar Sunway, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja berkenaan sekitar pukul 11.15 malam.

Katanya, Norhawani Mohd Azwan Abdullah kali terakhir dilihat berada di rumah dekat Bandar Sunway.

“Norhawani kali terakhir dilihat berada di rumahnya kira-kira pukul 6 petang pada Isnin lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja tersebut agar menghubungi mana-mana balai terdekat atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI