fbpx

KPDN rancang perkenal perbankan Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin melawat gerai Jualan Rahmah Kasih Sayang selepas Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Jun 2023 di KPDN, Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merancang untuk memperluas Payung Rahmah kepada segmen produk dan pembiayaan perbankan.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, beliau dijangka bertemu dengan beberapa tokoh perbankan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.

“Saya sudah berbincang dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan meminta tokoh perbankan itu untuk mengatur pertemuan dengan nama-nama besar industri perbankan.

“Kita akan jumpa mereka dalam masa terdekat malah, Tengku Zafrul sudah memberi komitmen segera mengenai perkara itu.

“Kita libat urus dulu dan mungkin jika ada hasil yang baik dari pertemuan itu maka, akan ada pula perbankan Rahmah yang boleh kita tawarkan dalam mana-mana skim pembiayaan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KPDN di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI