fbpx

Terap nilai kasih sayang supaya lebih berdedikasi, amanah di tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (kanan) menyerahkan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPWKM Tahun 2022 di Bangi Avenue Convention Centre, hari ini.

BANGI – Nilai kasih sayang bukan sahaja perlu diterapkan dalam institusi kekeluargaan, ia juga perlu diperluas meliputi pekerjaan harian.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri, penjawat awam perlu menerapkan nilai K.A.S.I.H yang membawa maksud kasih sayang, akhlak, sihat dan selamat, ilmu serta harmoni dalam pekerjaan harian.

Menegaskan pada nilai kasih sayang, Nancy berkata nilai ini bukan sahaja merujuk kepada rasa sayang antara satu sama lain, ia juga boleh diaplikasikan dalam konteks perkhidmatan awam.

“Jika nilai kasih dilanjutkan kepada organisasi tempat kerja, ia dapat menghasilkan tenaga kerja yang lebih produktif dan sejahtera.

“Letakkan rasa kasih sayang terhadap pekerjaan yang diamanahkan. Apabila kita sayangkan pekerjaan kita nescaya apa jua tugasan akan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Nancy turut menekankan pengamalan gaya hidup sihat serta persekitaran kerja yang selamat.

“Isu atau masalah kesihatan mental serta tekanan emosi adalah antara isu kesihatan awam yang menjadi semakin penting terutamanya selepas pandemik COVID-19.

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 12 bilion hari bekerja hilang setiap tahun di seluruh dunia akibat masalah kesihatan terutamanya masalah mental seperti depresi dan kebimbangan.

“Justeru, saya menyeru orang ramai agar mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga kesihatan fizikal dan mental.

“Jangan lupa untuk mengamalkan kasih sayang diri atau ‘self-love’,” pesannya ketika ditemui di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPWKM Tahun 2022, bertempat di Bangi Avenue Convention Centre, hari ini.

Majlis APC KPWKM tahun ini juga mengiktiraf sumbangan yang diberikan oleh lapan orang pegawai dan kakitangan Orang Kurang Upaya (OKU), tujuh daripada Jabatan Kebajikan Maysrakat (JKM) dan satu orang daripada Institut Sosial Malaysia (ISM).

Kakitangan OKU tersebut merupakan sebahagian daripada 649 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI